Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
diwujudkan kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa. Semua
kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Satu mekanisme bahasa diwujudkan sebagai
penyatuan untuk mengeratkan hubungan kekitaan seluruh rakyat Malaysia.
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi negara masih melalui proses untuk
mencapai tahap ketertinggian kedudukannya selaras dengan status yang termaktub
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu negara. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan,
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan yang menyebut bahawa “Bahasa Kebangsaan Negara ini ialah Bahasa
Melayu”. Namun demikian sejauh manakah keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu tinggi dalam negara telah berjaya dimartabatkan dalam penerbitan kesarjanaan
akademia ilmuwan negara? Selain itu, ahli akademik memainkan peranan
dalam melaksanakan amanah untuk membawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
tinggi negara ke tahap global. Ahli akademik menggunakan pelbagai cara untuk
menerbitkan ilmiah seperti karya buku, dan artikel dalam jurnal.
Perkongsian
dan penyebaran dilaksanakan melalui fasa penyelidikan dan inovasi oleh ahli
akademik, penulisan saintifik dan penerbitan. Dalam penulisan dan penerbitan
modul pengajaran di IPTA, bidang sains sosial mencatat pengkaryaan dalam bahasa
Melayu tertinggi sebanyak 89% berbanding 8% hasil karya dalam bidang sains dan
teknologi. Pada zaman Merdeka,Bahasa melayu telah dibuktikan sebagai bahasa
ilmu tinggi dalam penulisan dan penerbitan ilmiah. Di alam Melayu Nusantara,
Bahasa Melayu berperanan sebagai media penyebaran persuratan ilmu falsafah yang
tinggi dengan dibuktikan oleh sejarah. Selain daripada perkembangan penulisan
tentang ketatanegaraan dan kenegaraan, buku-buku tentang hukum yang terkenal
seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Johor, Undang-undang Perak, dan
Undang-undang Kedah juga giat diterbitkankan. Penulisan dalam jurnal Science
dalam pelbagai bidang boleh mencapai tahap peringkat. Selain itu,semua IPTA
masih menerbitkan hasil mereka ke peringkat global, walaupun dalam daya hidup
akademik dalam pelbagai bidang dan sub-bidang teras Pengajian Melayu dan jenama
bersemangat. Di samping itu, penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu terus
menyerlah sebagai bahasa ilmu tinggi melalui Kesarjanaan Akademia Melayu yang
telah bangkit berkembang sejak kemerdekaan Negara. Pada peringkat ini, usaha
kesarjanaan akademia Melayu masih berterusan dengan meluasnya penerbitan jurnal
ilmiah yang menjadi pentas untuk para sarjana berkarya dan mendesiminasikan
penulisan merentas maya. Walau bagaimanapun, usaha untuk bahasa Melayu sebagai
arena penerbitan saintifik yang tinggi negara juga berhadapan dengan kes
penghantaran pengetahuan adalah terhad.
Kajian
kes ini melibatkan 13 Kluster yang bernaung di bawah Majlis Profesor Negara
(MPN) dalam tahun 2014. Penilaian ke atas penerbitan ilmiah, focus kepada tiga
kategori utama iaitu penerbitan buku (buku, monograf, bab dalam buku), artikel
dalam jurnal dan artikel dalam prosiding. Dalam kalangan masyarakat Melayu,
mereka hanya percaya bahasa Inggeris sahaja sebagai bahasa ilmu bertaraf global
dan juga diyakini dapat memacu kemajuan negara. Untuk merealisasikan impian
ini, semua pihak perlu bergabung tenaga dan memainkan peranan penting untuk
memelihara dan memperkasa bahasa Melayu supaya diterima sebagai bahasa ilmu
tinggi.
Dalam kajian menunjukkan saintis British menerbitkan akademik Bahasa Inggeris sebagai bahasa tinggi dikuasai penerbitan saintifik kajian, tiga jenis utama penerbitan buku dalam jurnal dan prosiding kertas artikel. Melalui kajian yang telah dijalankan amat jelas
sekali, penerbitan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu bukan keutamaan bagi
ahli-ahli sains untuk menerbitkan ilmiah mereka.
Kesimpulanya,
melalui kajian yang telah dijalankan amat jelas sekali, penerbitan dalam bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu bukan keutamaan bagi ahli-ahli sains untuk
menerbitkan ilmiah mereka. Keadaan ini sangat ketara yang IPTA tidak memberi
apa-apa peranan yang penting untuk memberi peluang kepada bahasa Melayu
walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda dan menyebarkan ke peringkat
global.
No comments:
Post a Comment